Jumaat, 19 Mei 2017

KISAH LEVIS STA-PRES


ASSALAMUALAIKUM..Levis Sta-Prest merupakan salah satu variasi seluar (bukan jeans) yang di keluarkan syarikat Levi Strauss and Co.Kalau nak tau kisah Sta Prest ni sendiri ada tertulis pada bahagian dalam seluar (kain poket).

Pada tahun 1964, syarikat Levis Strauss berpendapat mereka perlu mencipta variasi seluar yang menggunakan kain atau fabrik selain dari denim.Akhirnya terciptalah seluar Levis Sta-Prest yang mempunyai lipatan (crease) pada bahagian depan yang tajam dan kekal.Lipatan ini akan kekal, tak hilang dan perlu digosok walaupun selapas seluar di basuh dalam mesin basuh.Di sebabkan itu untuk tempoh masa yang singkat, seluar Sta-Prest ni berjaya jadi satu fenomena di USA pada masa itu ( tahun 1960 an )

Sebab itu lah ada kisah seorang salesman pada masa itu yang akan bawa mesin basuh kemana-mana sahaja dia pergi untuk membuktikan pada customer yang kesan lipatan Sta-Prest ini memang akan kekal macam itu dan pembeli tidak perlu bersusah payah untuk gosok seluar mereka selepas penat-penat basuh.

Teknik / istilah yang digunakan Levis Sta-Prest itu dipanggil 'permanent crease'.Pada masa sekarang banyak dah seluar yang gunakan teknik 'permanent crease' ni antaranya seluar Dockers.Levis Sta-Prest sebenarnya gunakan polyester (polimer / plastik ) sebagai salah satu campuran fabrik (sta-prest guna campuran polyester + cotton.Tapi ada juga yang guna 100 % polyester).Sebab guna polyester itu lah diaorang boleh hasilkan 'permanent crease'.Kalau macam seluar dockers yang orang pakai buat pergi kerja, nak tak nak kena juga gosok disebabkan kain yang digunakan itu 100 % cotton.Kesan lipatan itu memang ada, tapi tak kan nak pakai seluar renyuk buat pergi kerja.

Jadi Ada beberapa keping gambar yang saya letak di sini untuk tatapan semua orang.Sekian terima kasih..dah baca jangan lupa like & share.Alang2 dah baca tengok2 lah baju2 bundle yang saya jual.Kot ada yang berkenan.Klik je home kat bawah itu..sumber ini di petik dari google.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KISAH IRON MAIDEN

Bagi yang pencinta musik Heavy Metal pasti tidak asing lagi dengan band ini, band Iron Maiden merupakan Band Legen yang berasal dari Leyt...